FAQ

1.     Adakah wajib untuk menggunakan sistem eCOB?

Penggunaan system eCOB adalah wajib selaras dengan hasrat dan juga visi pihak LPHS dan COB untuk ke arah mendigitalisasi proses sedia ada kepada secara atas talian.

 

2.     Apakah kegunaan system ini?

Kegunaan system ini adalah untuk pihak COB memantau status kewangan bangunan berstrata melalui laporan kewangan yang dihantar oleh JMB/MC pada setiap bulan melalui system. Selain itu, penghantaran dokumen-dokumen juga boleh dibuat secara atas talian melalui system ini. Oleh itu, pihak JMB/MC tidak perlu lagi untuk membuat penghantaran secara fizikal kepada pihak COB.

 

3.     Perlukah penghantaran secara fizikal di buat setelah penghantaran melalui system eCOB telah dibuat?

Setelah penghantaran melalui system eCOB telah dibuat, pihak pengurusan tidak perlu lagi untuk membuat penghantaran secara fizikal ke pejabat COB. Penghantaran yang telah dibuat akan dapat dilihat terus oleh pihak COB.

 

4.     Adakah pihak COB akan menyemak penghantaran yang telah di buat?

Ya, penghantaran yang telah dibuat akan dapat dilihat oleh pihak COB. Pihak COB dapat menyemak perkara tersebut sama ada untuk menolak atau mengesahkan penghantaran yang dibuat.

 

5.     Bagaimana untuk menghantar laporan kewangan?

Penghantaran laporan kewangan boleh dibuat pada modul Finance/Kewangan. Pengguna perlu masuk ke modul Finance/Kewangan, klik pada tambah fail kewangan dan cipta fail kewangan untuk bulan dan tahun yang dikehendaki. Setelah itu, pengguna boleh membuka fail kewangan tersebut dan masukkan data laporan kewangan yang diperlukan.

 

6.     Adakah penghantaran laporan kewangan perlu dibuat pada setiap bulan?

Ya, laporan kewangan bulanan wajib dihantar kepada COB pada setiap bulan. Hal ini selaras dengan Akta 757 di bawah tangggungjawab JMB/MC berkenaan akaun.

 

7.     Adakah deadline masa yang ditetapkan oleh pihak COB?

Deadline bagi penghantaran laporan kewangan bulanan kepada COB selewatnya pada minggu pertama bulan baru.

 

8.     Apakah yang akan terjadi jika JMB/MC tidak menghantar laporan kewangan secara bulanan?

Pihak COB dapat mengambil tindakan yang sewajarnya sekiranya JMB/MC tidak menjalankan tanggungjawab berkenaan akaun di mana perlu menghantar laporan kewangan kepada COB.


9.     Bagaimana untuk menghantar dokumen AGM/EGM?

Penghantaran dokumen-dokumen berkenaan AGM/EGM boleh dilakukan menggunakan system eCOB. Pengguna hanya perlu masuk pada bahagian ‘AGM Submission’  ‘Upload of Minute’ ‘Add’. Seterusnya, pengguna akan dapat lihat senarai semak dokumen yang perlu dihantar dan muat naik fail dokumen tersebut. Setelah selesai muat naik semua dokumen, pengguna hanya perlu klik ‘Submit’ dan penghantaran akan berjaya dibuat.

 

10.  Bagaimana untuk menghantar dokumen lain seperti minit bulanan?

Penghantaran bagi dokumen-dokumen selain AGM/EGM seperti minit bulanan boleh dibuat pada bahagian ‘AGM Submission’ ‘Upload Documen’ ‘Add Document’.

 

11.  Bagaimana untuk tahu jika penghantaran yang di buat telah diterima/ditolak oleh pihak COB?

Pengguna boleh menyemak ‘Status’ bagi penghantaran laporan kewangan dan AGM/EGM.

 

12.  Adakah wajib untuk pihak pengurusan memasukkan maklumat pemilik ke dalam system?

Maklumat pemilik adalah wajib untuk dikemaskini ke dalam system eCOB. Pihak COB menghendaki pihak pengurusan untuk kemaskini maklumat pemilik petak yang terkini pada setiap tahun.

 

13.  Apakah jaminan data yang dimasukkan selamat kerana data tersebut ialah sulit?

Semua data maklumat yang dimasukkan ke dalam sistem eCOB adalah milik tunggal pihak COB.

 

14.  Bagaimana untuk memasukkan maklumat pemilik ke dalam system?

Pengguna boleh memasukkan maklumat pemilik ke dalam sistem eCOB melalui bahagian ‘AGM Submission’’Purchaser Submission’.

 

15.  Bagaimana dengan akses sistem jika pihak pengurusan telah bertukar?

Sekiranya pihak pengurusan telah bertukar, pihak pengurusan baru perlu memaklumkan kepada pihak COB dan pihak COB akan set semula akaun bagi kegunaan pihak pengurusan yang baru.

 

16.  Berapa tahun selalunya chairman boleh pegang jawatan yang sama?

Berdasarkan Akta 757, seseorang boleh memegang jawatan yang sama tidak lebih dari 3 tahun.