Tambah Senarai Fail Kewangan

 

  • Pengguna perlu menambahkan senarai fail kewangan sebelum memasukkan butiran kewangan Fail COB.
  • Pengguna perlu memilih nombor Fail, tahun dan bulan agar sistem dapat mengetahui butiran kewangan dimasukkan ke dalam fail COB untuk bulan mana.
  • Hanya fail yang telah ditandai untuk JMB/MC oleh Majlis sahaja yang akan dipaparkan di bahagian ini.

 

Bagaimana saya hendak menambah senarai fail kewangan?

Langkah 1: Tekan pada ‘Tambah Laporan Kewangan’ di bawah ‘Penyelenggaraan COB’ pada bahagian sisi kiri skrin.

Langkah 2: Pilih No. Fail, Tahun dan bulan untuk data yang hendak dimasukkan.

Langkah 3: Klik butang ‘Hantar’.